Softskills- Penulisan Asas Resume Bahagian 1
20 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19/07/2024, bersamaan dengan hari jumaat pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas latihan penulisan asas resume kepada pelajar yang hadir. Dalam kelas ini menerapkan modul teknik membuat resume dengan baik. Selain itu, dalam kelas ini juga, mereka diajari dengan menunjukkan contoh-contoh resume yang berkualiti yang terdapat didalam website google.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan kandungan perkataan-perkataan yang sesuai dan juga penggunaan perkataan-perkataan dalam perisisan resume. Berasaskan pengajaran secara intensif seperti ini, para pelajar yang datang dapat mengalami serta mempelajari langsung daripada pengajar NADI. Kelas ini berlangsung pada jam 10.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: